Sidang pembaca sekalian,
Mungkin kisah yang saya akan bawakan ini,sudahpun kalian membacanya di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 31 Oktober 2009, dengan tajuk Wanita muslim pertahan agama kelar leher suami. Apabila terbaca kisah yang memilukan seumpama ini, tersentuh hati saya bercampur baur antara marah dan sedih.
Manakan tidak kisah ini bagaikan mengulangi kisah-kisah penderaan keatas sahabat-sahabat Nabi S.A.W. sewaktu permulaan Islam dahulu. Mereka diseksa, dibunuh dan lebih teruk lagi dipaksa untuk menjadi murtad.
Berbalik kepada kisah Rabia Sarwar 37 tahun ini, dia telah dipaksa oleh suaminya untuk memakan daging babi, memakai skirt pendek dan minum minuman beralkohol. Berikutan penyeksaan emosi yang terlaupau oleh suaminya,dia telah nekad unruk mengelar lelaki tersebut menggunakan pisau dapur ketika mangsa sedang tidur.
Rabia kini telah dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah AS$25,000 (RM90,000) dan mengaku tidak bersalah atas dakwaan cubaan membunuh. Bagi saya sebagai pembaca, tidaklah menyokong tindakan Rabia untuk mengelar suaminya, mungkin banyak lagi cara untuk mencari penyelesainya, mungkin melalui penceraian dan sebagainya, tetapi mungkin tindakan itu didorang emosi yang mendesak. Manakan tidak, dia dipaksa untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan hokum islam dan berdosa besar.
Bagi melengkapkan kisah memilukan ini, saya mengajak penbaca untuk mempertahankan akidah dengan sekuatnya, dalam apa-apa keadaan sekalipun.
Mungkin anda akan bertanya perlukah cinta manusia, CINTA perkataan yang sering disalahertikan terutamanya kepada golongan muda mudi, cinta adalah buta, dan sering membuatkan orang yang mengalaminya menjadi buta. Mudah melakukan maksiat, mudah terlalai dan sebagainya. Kepada mereka yang ingin bercinta kutitipkan beberapa pesanan, mudah-mudahan kita semua mendapat kebaikan
Jika anda ingin bercinta,
Ingatlah pesanku ini,
Bercintalah dengan niat ingin berkahwin
Bercintalah bukan untuk memuas nafsu
Bercintalah untuk masa depanmu yang cerah
Bercintalah dengan orang-orang yang terpilih
pilihlah yang mencintai, bukan dicintai
Bercintalah seperti orang yang waras
Waras membezakan antara yang baik dan buruk
Aku bukan pendorong cinta
Tetapi hanya pengingat
Andai tidak dapat engkau penuhi sarananku ini
Maka bersabarlah
Kerana Jodohmu sudah ditentu tuhan
Sidang pembaca sekalian
Antara dua musa adalah kisah anbiya yang terkandung didalam Al-quran. Penulis ingin membawa pembaca menyoroti dua kisah insan yang berlainan watak ini. Seorang dikenali dengan Nabi Musa Alaihisallam, dan seorang lagi Musa Samiri. Apa yang menarik antara dua hamba Allah ini ialah,nabi Musa AS dipelihara oleh Fir'aun, manakala Musa Musa Samiri dipelihara oleh Malaikat Jibrail. Kedua-dua mereka ditinggalkan oleh ibu mereka. Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya ketika Firaun melancarkan pembunuhan kanak-kanak, manakala Musa Samiri ditinggalkan ibunya akibat dari hasil zina.
Pengajarananya sidang pembaca, benih yang baik akan menghasilkan buah yang baik, begitulah khasnya dengan kehidupan kita. Anak-anak yang lahir dari benih yang baik akan membesar insyaalah menjadi anak yang baik. Selebihnya kita serahkan kepada Allah untuk menentukannya
SAYA mula 'kenal' sosok tokoh ini sewaktu di bangku sekolah menengah. Setiap kali dia muncul di televisyen saya seolah ternanti-nanti dia mengutarakan ayat: "Pada pandangan saya..." dan selesai dia menyatakan demikian, saya akan tersenyum-simpul.
Dalam hati, saya ketawa. Suara kecil saya menyatakan "he he he... macamlah dia boleh nampak." Sesungguhnya tiada sedikit pun niat untuk memperkecilkan beliau. Sebaliknya sekadar menjadikan ayat yang diucapkannya itu bahan lelucon untuk diri sendiri.
Semakin hari usia saya semakin meningkat. Pensyarah buta dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bernama Profesor Datuk Dr Ismail Md Salleh yang sering muncul di kaca TV itu juga saya lihat semakin terkenal.
Malah saya semakin kagum kepadanya setelah mendengar satu temu bual di TV yang menceritakan kisah hidup beliau.
Ismail Salleh mula hilang deria penglihatan sepenuhnya ketika berusia 13 tahun. Namun, kecacatan itu bukan pematah semangat dan menjadikannya lemah. Sebaliknya 'kegelapan' dijadikannya tiket untuk mengatur langkah berada di puncak menara gading dan seterusnya mencipta nama di persada dunia.
Ismail, 61, beruntung, kerana mempunyai abang, Zakaria Salleh yang bertindak sebagai 'mata', penjaga, pembantu peribadi dan pemandu kepadanya sejak kecil. Saya pernah membaca dan mendengar di media massa tentang 'perjuangan' Zakaria, yang menjadi 'tukang baca', 'tukang tulis' dan segala 'tukang' kepada Ismail sepanjang insan kurang upaya ini menuntut ilmu dari peringkat sekolah hingga ke universiti.
Saya juga meluahkan (tetapi sekadar di dalam hati), sepatutnya Zakari turut diberi ijazah atau apa saja kelulusan yang dimiliki adiknya, kerana dialah 'sumber ilmu' kepada Profesor Datuk Dr Ismail Salleh. Kembali kepada ikon istimewa itu. Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947. Sebagai seorang anak yang dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, keazaman dan kecekalan beliau untuk berjaya menjadi aspirasi ramai anggota masyarakat, terutama golongan kurang upaya.
Beliau antara orang yang layak disifatkan sebagai 'Towering Malays'.
Mendapatkan Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Politik dari Universiti New York pada 1973 sebelum menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi di Universiti Illinois, Amerika Syarikat pada 1974 dan 1977.
Guiness Book of Record mencatatkan beliau sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah. Dr Ismail sering memberikan pendapat mengenai ekonomi dan kedudukan sosioekonomi dan politik orang Melayu, terutama pendidikan dan program pembangunan kemiskinan dalam pelbagai forum, termasuk siaran televisyen. Memulakan kerjaya pertama sebagai pensyarah ekonomi di Jabatan Penganalisis Ekonomi dan Dasar Awam di Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejurus menamatkan pengajian.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jabatan pada 1981.
Pernah memegang pelbagai jawatan dalam bidang akademik termasuklah sebagai Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech (IUCTT) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Kolej Swasta Bumiputera.
Dalam bidang ekonomi, beliau diamanahkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Timbalan Pengarah Eksekutif Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi, Pusat Perniagaan Malaysia serta Ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara II (MAPEN II) - Jawatankuasa Kerja bagi Penyusunan Semula Masyarakat.
Pada 2001, dianugerahkan doktor kesusasteraan Universiti Antarabangsa Irish oleh Kesatuan Eropah bagi mengiktiraf sumbangan beliau kepada negara ini dan juga komuniti antarabangsa.
Allahyarham aktif membantu golongan senasib dengannya. Dilantik sebagai Presiden Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) pada 2007 dan pernah memegang jawatan Pengerusi, Majlis Antarabangsa Asia Tenggara bagi Pendidikan Untuk Orang Cacat Penglihatan pada 1999.
Juga pernah diberi penghormatan sebagai Ketua Kontinjen negara semasa Sukan Timur Jauh dan Pasifik Selatan untuk Orang Kurang Upaya (Fespic) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 2006.
Bapa kepada enam cahaya mata itu pernah berkata tugasnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech tidak menghalangnya untuk terus memperjuangkan peningkatan akses terhadap infrastruktur OKU yang pada pendapatnya masih jauh ketinggalan berbanding negara lain di dunia.
Pada 18 Disember 2007, Dr Ismail terus melakar sejarah apabila dilantik sebagai Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) pertama. Apa pun, setiap yang hidup memang sudah dijanjikan dengan sebuah kematian.
Pada 27 Ogos baru lalu pakar ekonomi itu meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura. Ismail ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech.
Isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab yang turut berada dalam penerbangan itu menemani suaminya mendapati Dr Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlintuk kepalanya ke atas bahunya.
"Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa dan bila saya pegang, tangannya sudah sejuk," kata Hasnah.
Menurut cerita Hasnah, suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira 2.30 pagi iaitu kira-kira sejam suku sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi. Setelah siap semua urusan berkaitan, jenazah Ismail kemudian disembahyangkan oleh Imam Hasan Al-Attas bersama pegawai kedutaan dan jemaah masjid di Pulau Singa itu.
Jenazah kemudian diterbangkan dari Lapangan Terbang Senai, Johor untuk diterbangkan oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia ke Lapangan Terbang Subang, dibawa ke Kajang, Selangor dan dikebumikan di situ pada jam 10.30 malam.
"Umno sudah kalah 7 (kali) dan menang di Batang Ai sahaja. Kalau main bola, secara kebiasaannya itu (kekalahan berterusan) menandakan bahawa Umno akan kalah dalam permainan keseluruhannya...pilihanraya ke-13 kelak. "Najib (Perdana Menteri) boleh katakah Umno berjaya di Permatang Pasir, sedangkan Pakatan dapat empat ribu lebih (4,551 undi)." Nada yang sama turut disampaikan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.
Menurut Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat bukanlah seperti yang digembar-gemburkan oleh Umno sebagai Pakatan yang 'rapuh'.
Sebaliknya, Pakatan Rakyat mampu menggantikan BN dalam pilihanraya umum akan datang berdasarkan kekalahan berterusan parti-parti pemerintah.
"Ini (Dun Permatang Pasir) bukan sahaja kemenangan bagi kerajaan negeri dan rakyat seluruh Pulau Pinang, tapi suatu terjemahan perasaan rakyat bahawa Umno sedang ditolak berterusan dalam setiap kali pilihanraya (kecil) yang diadakan."
"Ini (kemenangan) menunjukkan sokongan kuat pada kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Pakatan Rakyat (iaitu) DAP, PAS dan PKR. Bukan seperti Umno katakan, Pakatan kita (adalah) pakatan yang rapuh."
"Bukan seperti Umno (dan) Barisan Nasional yang mengabaikan rakyat. Pakatan (rakyat) yang kukuh ini boleh memenangi pilihanraya (ke-) 13 nanti, sebab rakyat mahu sebuah (kerajaan) persekutuan yang ada 'jiwa' Malaysia, bukannya perkauman sempit."
Timbalan Ketua Menteri 2, Dr. P. Ramasamy yang ditemui kemudian mengganggap kemenangan berterusan Pakatan Rakyat ini boleh menjadi 'gelombang perubahan' yang besar di Dun Seputeh, jika berlaku pilihanraya kecil; dan nasional.
"Memanglah (benar). Saya tidak perlu sebutlah (soal kemenangan). Kemenangan ini sudah jadi gelombang...tentu jadi gelombang di (Dun) Seputeh jika jadi pilihanraya."
"(Dun Permatang Pasir) sudah jadi gelombang perubahan yang berterusan Pakatan ke peringkat nasional juga." Bercakap di luar tempat perjumlahan pengundi IKBN kemudian, Salleh menganggap kemenangan tersebut bukan kejayaan peribadinya sahaja, tetapi kejayaan Pakatan Rakyat peringkat negeri dan federal.
Ujarnya, Permatang Pasir mampu menjadi 'pembakar semangat' sekurang-kurangnya di Dun Seputeh, di samping pilihanraya ke-13 kelak.
"Ini (kemenangan) bukan untuk saya, biarpun saya mewakili PAS bertanding di Permatang Pasir. Ini (kemenangan) untuk Pakatan Rakyat negeri (Pulau Pinang) dan semua kepimpinan pusat."
"Kalau boleh, kemenangan ini jadi 'pembakar semangat'...sekurang-kurangnya di Kuala Seputeh jika jadi pilihanraya... pilihanraya ke-13 lebih-lebih lagilah."
Daripada 14,832 atau 73.1% pengundi yang turun mengundi, Salleh memperoleh 9,618 undi, manakala Rohaizat mendapat 5,067 undi.
Pada Mac tahun lalu, bekas penyandang Allahyarham Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat 5433 undi majoriti; dari 20,350 atau 82.5% undi keseluruhannya.
Disebabkan peratusan turun mengundi berkurang sebanyak 9.4% dari piliharaya sebelumnya, bermakna undi tradisi PAS dan Umno juga masing-masing turut menyusut sebanyak 12.6% (1386 undi) dan 9.5% (504 undi).
Tuntas bagi PAS/Pakatan adalah berjaya mengekalkan status quo mereka di 'kubu kuat' PAS tersebut.
Manakala, Umno tidak boleh lagi menjadikan pilihanraya kali ini sama seperti Manek Urai - bukti rakyat mula menerima mereka dan menolak Pakatan Rakyat lagi.
Selain kalah di Dun Permatang Pasir, Umno BN pernah kalah berterusan di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang; dan Dun Bukit Selambau serta Penanti sebelum ini.
Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita. Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian. Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…

1. Tulus
3. Setia
4. Berfikiran positif
5. Perwatakan ceria
6. Bertanggungjawab
7. Percaya kepada diri sendiri
8. Pemaaf
9. Mudah berkira
10. Empati
Tulus
Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.
Rendah diri
Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?
Setia
Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.
Berfikiran positif
Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.
Berperwatakan ceria
Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.
Bertanggungjawab
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.
Percaya kepada diri sendiri
Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.
Pemaaf
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.
Mudah berkira
Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.
Empati
Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.
Kesimpulan
10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!
Wallahu a’lam.Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 2:25 PM
BERAPA ramai di antara kita masih mengingati tragedi ummah yang berlaku pada tahun 1992? Iaitu pada tarikh 6 Disember tahun itu, Masjid Babri di Ayodhya, India tidak dapat dipertahankan dan diselamatkan apabila institusi suci umat Islam itu dimusnahkan oleh puak pelampau Hindu.
Seramai 150,000 pejuang nasionalis Hindu yang tidak dapat dihalang memusnahkan masjid itu dalam konflik berpanjangan perebutan antara Hindu dan Muslim di India.
Salah seorang pelampau Hindu atau lebih tepat, dalang untuk meruntuh dan memusnahkan Masjid itu merupakan seorang pemuda yang bernama Shive Prasad berasal dari Faisabad, iaitu daerah di mana terletaknya masjid itu.
Prasad ialah ketua sebuah parti politik Bajrang Dal yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab 'suci' untuk mengetuai hampir 4,000 penduduk kampungnya, Kar Sevak bagi memastikan masjid itu akhirnya runtuh.
Tindakan melampau untuk meruntuhkan masjid purba itu telah dirancang dengan baik oleh Prasad. Beliau memberi arahan dan latihan yang secukupnya kepada para pengikutnya seramai 4,000 orang itu bagi memastikan rancangan itu berjaya.
Satu tindakan yang melanggar undang-undang apatah lagi menghormati perasaan penduduk Islam yang lain.
Sedangkan masjid itu merupakan salah sebuah masjid terbesar di negeri Uttar Preadesh, utara India dengan bilangan umat Islamnya seramai 31 juta orang.
Pada hari kejadian itu, Prasad tidak sahaja menceroboh masuk malah berjaya memanjat kubah besar masjid dan bersama pengikut-pengikut yang lain mereka berjaya menawan masjid itu. Kemudian bersorak gembira apabila mereka akhirnya berjaya meruntuhkan kubah dan keseluruhan masjid tersebut.
Mereka melaung-laungkan perkataan "Ram! Ram!" sebagai tanda kemenangan kononnya masjid itu akhirnya berjaya jatuh ke tangan pelampau Hindu.
Prasad puas hati kerana berjaya mengembalikan hak penganut Hindu yang kononnya masjid Babri itu dibina atas tapak kuil, yang dibina bagi memperingati tempat kelahiran tuhan mereka yang bernama Rama.
Namun tujuh tahun selepas kejadian itu, pada tarikh yang sama kejadian runtuhan Masjid Babri itu, Prasad akhirnya sujud memohon ampun kepada Allah atas 'kejahatan' beliau terhadap Masjid Babri itu. Malah beliau berpuasa dan menyesali sehingga mengalir air mata memohon Allah mengampuninya yang tergamak meruntuhkan rumah ibadat itu.
Kuasa Allah
Ya, pada tarikh 6 Disember 1999 itu, dengan kuasa Allah, Prasad memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mohammed Mustafa.
Berita pengislaman pemuda itu disiarkan oleh Malayalam News keesokan harinya iaitu pada 7 Disember 1999 yang kemudiannya dipetik oleh Arab News Publications di Arab Saudi.
Berita itu amat mengejutkan apabila melihat sendiri latar belakang Prasad, terutama bapanya, Trigal Ramanathan merupakan Ketua Puak Sangh Parivar di mana seluruh puak itu terbabit secara aktif dalam usaha meruntuhkan Masjid Babri.
Menurut pemuda ini, sejak kejadian runtuhan masjid itu, Prasad dihantui perasaan bersalah sehingga begitu menekan jiwanya. Walaupun pada tangannya masjid itu akhirnya runtuh, namun ia tidak menjanjikan kedamaian berikutan beliau merasakan telah melakukan satu dosa yang amat besar.
Mungkin dengan keluar dari India, Prasad mengharap beliau tidak lagi diburu oleh perasaan bersalah itu. Lalu beliau mencari pekerjaan di Sharjah salah sebuah negara anggota Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Namun fikirannya masih tidak tenang walaupun beliau menyibukkan diri dengan pekerjaan dan suasana yang baru di negara itu.
Sehinggalah pada 4 Disember tahun 1998, pada hari itu beliau berjalan seorang diri di sebatang jalan di bandar Sharjah. Secara tiba-tiba beliau terdengar suara khatib dari sebuah masjid berhampiran. Menariknya, khutbah itu disampaikan dalam bahasa Urdu dan beliau dapat mengikuti khutbah itu dengan jelas.
Prasad berhenti untuk mendengar khutbah itu dan alangkah terkejutnya pemuda ini apabila sang khatib menyebutkan bahawa Allah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu, mampu mengubahkan hati-hati yang tidak mempercayai kewujudan-Nya selama ini.
Sejurus mendengar khutbah itu sehingga akhir, semacam satu perasaan yang tenang menyelinap masuk ke hatinya. Malah seolah-olah telah tercabut satu beban besar yang selama ini menyebabkan fikirannya menjadi begitu serabut.
Segala puji-pujian terhadap Allah yang akhirnya telah memberi hidayah dan membukakan hatinya walaupun dirinya telah melakukan kesalahan yang lazimnya sukar untuk diterima apatah lagi dapat dimaafkan.
Namun berita Prasad memeluk Islam itu tidak sahaja menimbulkan kemarahan keluarga. Malah akibat tidak dapat menanggung malu, Prasad akhirnya dibuang oleh keluarganya sendiri. Beliau tidak dibenarkan pulang semula ke India, kalaupun dia pulang juga maka nyawanya akan terancam.
Berita pengislaman Prasad itu juga menyebabkan parti-parti politik dan pelbagai pertubuhan Hindu yang menyokong tindakan beliau beliau meruntuhkan Masjid Babri turut marah dan mengancam untuk membunuhnya tanpa mengira masa dan tempat.
Namun apa pun ancamannya Prasad tetap teguhkan imannya terhadap Islam. Islam menjadikan beliau seorang manusia 'baru' yang dahagakan kebenaran sehinggakan dalam tempoh yang masih baru mengenal Islam beliau berjaya menghabiskan bacaan dan mempelajari 17 surah dalam al-Quran. Malah beliau bersungguh-sungguh untuk khatam kitab suci itu.
Cita-citanya kini adalah untuk berkongsi kebenaran mengenai Islam dengan orang lain termasuk ahli-ahli keluarganya sendiri.
"Kalau itu diizinkan Allah, bukan soal dosa saya akhirnya tertebus sudah.
"Tetapi sekurang-kurangnya itulah sumbangan saya terhadap Islam di samping perbuatan saya itu juga telah melukakan hati jutaan umat Islam dan saya mahukan mereka juga memaafkan saya dengan sekurang-kurangnya saya membina semula apa yang telah saya runtuhkan," ujarnya sayu.
(Sumber utusan malaysia)
Mengapa anda perlu berselisih kerana Mereka
Sidang pembaca sekalian,
Pada tengah malam yang penuh berkah ini, penulis akan mengupas isu berkaitan dengan perbezaan dan perselisihan antara jemaah, adakah satu keperluan?
Bagi penulis yang lebih berhati-hati dan tidak arif dalam menuturkan perkara ini, amat memohon kemaafan sekiranya terdapat perkara yang kurang menyenangkan dalam penulisan ini.
Kurangnya fahaman agama secara meyeluruh dan pendedahan kepada jamaah yang terlalu awal dan sering membandingkannya, adalah antara beberapa pokok utama yang menyebabkan berlaku perbezaan ini. Selain itu, penyemaian perasaan ukhuwwah, tanpa nilai ilmu dan taqwa sedikit sebanyak menjadi suntikan kepada perbezaan antara jemaah.
Kefahaman agama adalah perkara pertama dan paling penting bagi seseorang untuk membuat keputusan. Nasib yang paling malang bagi mad’u ialah tidak didedahkan kepada ilmu agama yang menyeluruh oleh daienya. Bagi penulis, perkara yang perlu didahulukan dalam menyusun gerakkerja dakwah adalah dengan asuhan ilmu agama. Hal ini dapat menjadikan tidak wujud sentimen, seperti yang berlaku sekarang.
Teori pendidikan menyatakan seseorang akan mudah untuk mempercayai kepada orang yang rapat denganya. Tidak kira betapa betul orang lain, sekiranya orang lain bukan rapat denganya maka orang lain adalah salah. Pendedahan seperti ini adalah barah yang paling bahaya yang boleh merosakkan seseorang individu dan kelompok tersebut. Apabila seseorang individu didedahkan dengan kefahaman jamaah pada peringkat kefahaman yang rendah, maka berlakulah sikap percaya sembarangan dan membabi buta.
Tambahan lagi gejala membandingkan jemaah, membangkitkan kelemahan dan kekurangan masing-masing boleh menghasilkan suasana yang tidak baik dalam sesebuah komuniti umat Islam.
Penulis hanya membangkitkan isu ini, tidak lebih untuk menyedarkan dai’e dan duat bahawa perjalanan berdakwah terutamanya di peringkat Institusi Pengajian Tinggi, sebenarnya tidak perlu untuk dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Sepatutnya anda perlu lebih membuka pemikiran seluasnya, baharulah anda akan lihat banyak sinar dari titik-tikit perselisihan ini. Mengapa anda perlu berselisih untuk perkara yang mereka sebelum anda pernah berselisih. Anda bukan mereka dan mereka juga bukan anda, Fikirkan!!!
Hari ini beberapa isu-isu panas telah didedahkan akhbar, antaranya:
1. Masalah perbezaan kulit di negara Amerika Syarikat. Kelmarin seorang professor berkulit hitam telah ditahan kerana cuba untuk masuk kedalam rumanhya. Ini diikuti dengan kes 4 penuntut kulit hitam yang ditembak(untuk mengetahui kisah lengkap bacalah akhabar)
2. Program nukluer Korea Utara
3. Latihan ketenteraan China dan Rusia
4. Kerakyatan Presiden AS(Barrack Obama) dipertikaikan-Beliau dikatakan lahir di Arab Saudi
5. Tarikh Lahir Perdana Menteri Malaysia ke-6
Kelmarin kerajaan telah mengumumkan penjuallan unit saham Amanah Saham Malaysia( ASM). Bagi segelintir rakyat, mungkin khabar ini menggembirakan, dan sememangnya jangkaan ini adalah tepat dengan laporan berita yang menunjukkan rakyat pelbagai kaum berpusu-pusu beratur untuk membeli unit saham yang ditawarkan.
Bagi sesetengah mereka yang mengambil berat berkaitan dengan agama, mungkin khabar ini akan menambahkan lagi kegusaran mereka tentang persoalan syubhat. Mana tidaknya mereka sendiri masih terkeliru dengan pandangan ulama tentang ASB, kini muncul pula ASM.
Mari kita membaca kedua-dua pendapat yang berbeza ini.
1. Menyimpan dalam ASB adalah halal. dan boleh digunakan untuk belanja harian dan perebelanjaan pelajaran.. Ini adalah berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus
2. Bekas mufti selangor Dato' Ishak Baharom berkata, hukumnya adalah haram tetapi tidak wartakan secara rasmi. Seorang Pengerusi Majlis Penasihat Shariah yang utama di Malaysia juga pernah mengatakan kepada saya bahawa beliau tidak setuju dengan cara pelaburan ASB.
Kini penulis akan mengemukan pendapat Ustaz Zaharuddin, seorang pakar ekonomi yang tidak asing lagi di Negara kita. Setelah membuat kajian di ASB , maka jawapan yang paling tepat untuk soalan ASB adalah seperti berikut :-
Ia adalah haram dan tidak sah seratus peratus, seluruh dividen hasil ASB juga tidaklah sah di sudut syara' kerana sebeba berikut :-
1) Pelaburan ASB iaitu sebanyak 37.30 % ke Maybank (perbankan Ribawi yang haram memonopoli industri)
2) Commerce asset holdings berhad (Konvensional) - 1.11 %
3) British American Tobacco berhad 1.07 %
4) Malaysian National Reinsurance Berhad - 0.89 % ( insuran konvensional)
Justeru, menurut ukur rujuk (benchmark) peratusan pelaburan haram dalam sesebuah syarikat yang dibuat oleh Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti , ( rujuk keputusan Majlis Penasihat Shariah SC). Maka jumlah di atas sudah menjadikan pelaburan haram menguasi dana pelaburan ASB. ini menyebabkan nya menjadi haram.
Kesimpulan, yang mana pendapat akan anda pegang, tepuk dada, tanyalah iman
Beberapa hari yang lepas Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengeluarkan kenyataan bahawa perlunya pemansuhan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA). Bagi mereka yang membaca sejarah, ini bukanlah kali pertama Tun mengeluarkan kenyataan tersebut, malah pada tahun 1988 beliau turut mengeluarkan kenyataan tersebut.
Mari kita berkenalan dengan akta ini. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya.
Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.
Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.
ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alatan yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.(Sumber Wikipedia)
Kalau kita melihat kepada sejarah, ISA sebenarnya diciptakan oleh penjajah. Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960. Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.(Sumber Wikipedia)
Secara realitinya ISA memang mengamalkan polisi kuatkuasa yang tidak berperkemamusiaian. Antaranya Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini. Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani, orang yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.(Sumber Wikipedia)
Penyeksaan dilaporkan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian tahanan ISA. Mereka yang pernah ditahan menyatakan bahawa mereka telah didera secara fizikal dan mental yang termasuk salah satu daripada senarai ini: pukulan, penanggalan pakaian, soal siasat 24 jam, ketidakbenaran tidur, ancaman bunuh, ancaman deraan fizikal pada ahli keluarga termasuk ancaman rogol kepada anak mereka. Juga, tahanan diletakkan secara individu dalam sel penjara kecil tanpa cahaya dan udara, dalam yang dipercayai menjadi sel tahanan rahsia. Teknik dan aksi penyeksaan ini direka untuk memalukan dan menakutkan tahanan supaya mendedahkan kekurangan dan memecahkan pertahanan mereka.
Walaubagaimanapun tidak dinafikan ISA juga turut berperanan menjaga keselamatan Negara. Antaranya telah membanteras kumpulan Darul Islam Sabah, penahanan individu yang terlibat dalam Pemalsuan wang syiling RM1, pemalsuan dokumen pengenalan, pemalsuan pasport rakyat China, penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), gerakan Militan Selatan Thailand,pejuang pemisah selatan Thailand dan Agen perisik asing.
Sememangnya ISA menyumbang kearah kebaikan dan keburukan. Tetapi apa yang dipersoalkan ialah kenapa kebanyakan mangsa tahanan ISA terdiri daripada mereka yang menentang kerajaan. Mungkinkah ada udang di sebalik batu?...
Pengumuman Najib sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri:
1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.
2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.
3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.
4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.
5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.
6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.
7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.
8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.
9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.
10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.
11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Najib: Obligasi terhadap 1 Malaysia-100 hari pentadbiran mengikut pandangan Penulis
Pada hari ini Dato Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan 11 hadiah kepada rakyat Malaysia berikutan usia 100 hari beliau menjadi perdana menteri Malaysia. Pemberian yang disifatkan sebagai hadiah ini amat mengembirakan dan ditunggu-tunggu oleh kebanyaakan rakyat jelata. Bagi penulis, pengumuman seperti ini, merupakan langkah bergaya Najib dalam memastikan pemulihan dan keyakinan rakyat terhadap pemerintahan dirinya dan kerajaan yang dibawanya.
Walaupun pada awal pemerintahanya, beliau banyak dikaitkan dengan beberapa isu panas, namun beliau bijak untuk menangani isu tersebut, dan lebih memumpukan kepada pemulihan ekonomi yang diidamkan oleh rakyat, berbanding isu-isu sampingan. Selain itu, kekuatan barisan kabinet dengan portfolio yang baik, serta kehadiran muka-muka baru telah menjadikan pentadbiran Dato’ Seri bertambah rancak dalam membangunkan agenda rakyat.
Selain itu, teras dan pendekatan 1 Malaysia yang dibawanya, adalah amat wajar dan sesuai dengan latar belakang penduduk Malaysia yang berbilang bangsa. Bagi penulis momentum 100 hari Dato Seri Najib melambangkan masa depan yang cerah kepada karier politiknya. Seperti yang disebutkannya semalam didalam rancangan 100 hari Najib dihoskan oleh Sayed Munawar, beliau dengan rendah diri menyatakan bahawa tempoh seratus hari bukanlah penanda aras yang boleh diambil dalam menentukan keberkesanan pemerintahan sesebuah kerajaan itu.
Tambahan lagi, Najib digandingkan dengan Tan Sri Muhyiddin yang sudah terbukti cekap dalam pentadbiran kementerian yang diterajuinya. Contohnya isu PPSMI yang berjaya ditangani dengan baik oleh Muhyiddin. Apapun memang 100 hari bukanlah penentu hakiki kejayaan sesebuah kerajaan itu, berbanding tempoh sepenggal yang dimilikinya. Marilah sama-sama kita melihat prestasi Najib dan kabinetnya dalam tempoh sepenggal ini.
Terima kasih Dato’ Seri.
Sejak beberapa minggu ini, kita dikejutkan dengan berita kematian etnik Uigur di Wilayah China. Memang agak janggal dan mungkin sesetengan daripada kita tidak pernah mendengar perkhabaran tentang etnik ini. Berita seperti ini memang sudah dijangkakan agak sukar untuk didedahkan kerana umum mengetahui Kerajaan China, memang bersikap menutup pintu, dan tidak mahu pihak luar untuk mencampuri urusan pentadbiranya. Bahkan Amerika Syarikat sendiri tidak berani untuk mengganggu China seperti yang terjadi pada pergolakan di Taiwan. China boleh diibaratkan seperti sarang tebuan, yang bila-bila masa sahaja boleh mengamuk jika diganggu.
Berkaitan dengan krisis di China ini, penulis akan membawa serba sedikit tentang fakta masyarakat Uigur. Masyarakat Islam Turkic Uighur adalah penduduk asal Xinjiang. Mereka pernah menikmati kebebasan singkat dalam pentadbiran dan pemerintahan. Tetapi sejak 20 tahun lalu dasar-dasar Beijing telah melahirkan ketidakpuasan kepada mereka terutamanya berkaitan dengan penempatan semula jutaan etnik Han Cina ke wilayah mereka. (Wikipedia.com)
Xinjiang terletak di bahagian paling utara China dan merupakan wilayah terbesar merangkumi 16 peratus negara China keseluruhannya. Bilangan penduduknya di wilayah ini seramai 19 juta dan bilangan Muslim melebihi 42 peratus. Rata-rata penduduknya adalah etnik Turki dan Uzbekistan, mereka dikenali dengan panggilan Uighur. Mereka telah tinggal di wilayah ini ribuan tahun yang lampau dan merupakan sebahagian daripada sejarah ‘Jalan Sutera’ yang menghubungkan barat dan timur suatu masa dahulu. Islam datang di wilayah Xinjiang seawal 934 masihi, mendahului Islam di Tanah Melayu selama 400 tahun. Sejarah merekodkan bahawa sebuah kerajaan Islam pernah bertapak di wilayah ini yang dikenali sebagai Kashgar.
Perjalanan sejarah menyaksikan Kashgar telah jatuh ditangan Dinasti Manchu sekitar kurun ke 17. Pada tahun 1865, Yakub Beg, ketua kerajaan Kashgar telah merampas semula wilayah ini dan mengistiharkan kemerdekaannya atas nama Turkestan. Yakub telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Britain dan Russia sekitar tahun 1870an. Bagaimanapun selepas kematian Yakub, kerajaan ini menjadi lemah dan akhirnya pada 1884 Kashgar diambil semula oleh China dan dinamakan sebagai Xinjiang atau ‘Wilayah Baru’. Selepas kerajaan Manchu digulingkan oleh Nasionalis China pada 1911, Xinjiang ditadbir di bawah Kuomintang yang berfahaman komunis.
Ini adalah kerana Xinjiang merupakan wilayah yang paling strategik untuk ketenteraan China dan beberapa ujian peluru berpandu dan nuklear telah dijalankan di Lop Nor dalam wilayah ini. Malahan Xinjiang juga bersempadanan dengan lapan buah negara termasuk Pakistan, Nepal, Tibet, Uzbekistan dan Russia. Dilaporkan terdapat 25 peratus simpanan petroleum dan 38 peratus arang batu di wilayah ini. Projek saluran gas dan minyak sejauh 4,200 kilometer dari Tarim Basin di Xinjiang ke Sanghai telah dimajukan oleh kerajaan China, merupakan projek kedua terbesar dalam sejarah China selepas empangan ‘Three Gorges’.
Walau bagaimanapun, dengan kekayaan semula jadi yang amat besar dan kedudukannya yang stretegik, lebih 90 peratus penduduk wilayah ini yang majoritinya Muslim Uighur, tinggal dalam kemiskinan dan kadang kala kebuluran. Segala kekayaan hasil perut bumi masuk ke kerajaan pusat dan jika ada pun yang dicurah ke wilayah ini, hanya sampai kepada kaum Han yang beragama Buddha dan sama keturunan dengan pemerintah sekarang ini. Kerajaan China juga mengenakan undang-undang yang mengawal bilangan penduduknya serta pada masa yang sama mengawal bilangan masyakat Uighur.(utusan.com)
Seperti yang dialami masyarakat Palestin, rumah-rumah etnik Uighur telah dimusnah untuk memberi laluan kepada kemasukan etnik Han malah budaya mereka di kesampingkan dan kini menjadi minoriti di wilayah sendiri. Apa yang dilakukan oleh China dan pihak berkuasanya seolah-olah menyamai apa yang dilakukan Yahudi Zionis ke atas penduduk Palestin.
Banyak pekerjaan telah dikuasai etnik Han. Di sinilah bermula kegiatan memperjuangkan nasib bangsa yang dikategorikan pihak berkuasa China sebagai pengganas.
Kumpulan-kumpulan Uighur mengatakan dasar-dasar kerajaan yang menindas demi memberikan tempat kepada penghijrahan etnik terbesar China, kaum Han Cina ke wilayah Xinjiang telah menimbulkan ketegangan etnik dan menaburkan benih-benih keganasan.
Selain itu, antara tindakan Kerajaan China yang membangkitkan amarah saudara kita ini, ialah tindakan tidak memberikan visa untuk mengerjakan haji, dengan alas an etnik uigur menyokong keganasan. Hukuman mati akan turut dilaksanakan apabila terdapat kesalahan yang dilakukan oleh etnik uigur. Apa yang lebih menyedihkan ialah hukuman penjara tanpa bicara ala ISA Malaysia turut diamalkan keatas etnik Uigur.
Etnik Islam Uighur mahukan keadilan serta laungan mereka harus mendapat pembelaan daripada kerajaan China. Pihak berkuasa China tidak harus menyalahkan etnik Islam Uighur sahaja dalam setiap rusuhan yang berlaku.
Maratibul amal atau kaedah penetapan tahap dalam perkembangan masyarakat Islam secara sistematik memang kerap dibawa dalam perbicangan asas halaqah dan muqayyam. Kaedah yang dipelopori oleh Ikhwannul muslimin dibawah As-syahid Imam Hasan Al-banna sebenarnya bertitik tolak dari methodologi yang terkandung dalam perjalanan sirah Nabawiyyah.
Melalui kaedah ini, maka pelbagai tafsiran telah dibuat keatas setiap kedudukan umat islam, disamping dapat menilai keberkesanan usaha dakwah yang dijalankan. Secara ringkasnya maratibul amal ini dapat dibahagikan kepada 5 tahap, iaitu individu, keluarga, masyarakat, Negara dan khalifah Islamiyyah.
Penulis pada kali ini bukan ingan membicarakan perbezaan tafsiran keatas setiap tahap tersebut, namun penulis ingin menimbulkan persoalan bolehkan pendakwah, kumpulan dan gerakan islam melangkaui sesuatu tahap tanpa terlebih dulu, berada pada tahap yang sepatutnya.
Berdasarkan persoalan ini maka penulis telah membuat satu tinjauan. Responden terhadap subjek adalah terdiri dariapada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam, profesional dan kakitangan kerajaan. Soalan yang diajukan ialah “Adakah anda bersetuju sekiranya terdapat langkah bendul atau tidak mengikut tahap dalam maratibul amal?”keputusan anda mesti berdasarkan persekitaran Malaysia. Hasil dari tinjauan ringkas adalah seperti carta diatas.
Berikut juga komen yang disuarakan bagi keputusan yang dibuat:
1. Setuju- Pendapat saya secara keseluruhan adalah setuju akan ada langkah bendul, tetapi secara lebih terperinci dan sedikit ilmiah, jawapannya tidak ada istilah langkah- melangkah, maratibul amal disusun sedemikian rupa untuk menggambarkan perjalanan tarbiyyah yang lebih sistematik. Namun demikian ia boleh dimulakan pada mana-mana tahap ,dan tidak wajib untuk dimulakan pada tahap pertama untuk mewujudkan individu muslim. Kesimpulanya ia dalah kitaran dan ia boleh dimulakan terus dengan kerajaan dan jika tidak menjadi ia berpusing kembali kepada masyarkat, hinggalah benar-benar wujud keseimbangan pada semua tahap.
2. Tidak setuju- Bagi saya, tahap-tahap tersebut tetap akan ada dalam apa jua keadaan pun, Saya tidak boleh membayangkan langkah bendul yang anda maksudkan. Secara automatik pasti akan ikut tahap-tahap itu juga.
Secara peribadinya penulis amat berbesar hati dan menghormati perbezaan pendapat dan pandangan masing-masing. Penulis akan cuba untuk merungkai persoalan ini dari satu analogi berikut. Didalam sebuah kampung Beringin terdapat seorang peniaga yang bernama Ahmad. Ahmad seorang yang berfikiran jauh, dia ingin memajukan perniagaan cucur cempedaknya ke Bandar Kuala Kuang.
Dalam masa yang sama, Ahmad bersahabat dengan Husin dan Hasan. Kedua duanya peniaga juga, tetapi Hasan lebih terkehadapan dari Husin. Kedua-duanya, mempelawa Ahmad untuk memajukan perniaggnya ke Bandar Kuala Kuang. Walaubagiamanapun syarat untuk kerjasama adalah berbeza. Hasan memerlukan modal permulaan dari Ahmad sebanyak 10 ribu, manakala Husin memerlukan 4 ribu sahaja. Oleh itu, Ahmad keliru untuk memilih antara mereka berdua. Bagaimana anda, siapa yang anda akan pilih?.
Ahmad boleh diumpamakan sebagai tahap kedudukan pertimbangan anda, Husin adalah tahap berikutnya, manakala Hasan tahap seterusnya. Setiap tahap memerlukan kelayakan masing-masing. Sekiranya anda mampu melompat jauh sertailah Hasan, walaubagimanapun sekiranya tidak berapa mampu sertailah Husin. Inilah yang dikatakan ukur baju badan sendiri. Setiap tindakan ada risiko dan faedahnya. Jadi saya ingin bertanya sekali lagi, bolehkan kita melangkah bendul?
Seterusnya kita masuk pula kepada kupasan yang sedikit lebih mendalam. Bagaimana pertimbangan anda terhadap Maratibul di Malaysia. Malaysia dan melayu, Melayu dan Islam, memang tidak dapat dipisahkan. Di mana kawasan orang melayu, di situlah majoritinya orang Islam. Orang melayu tidak boleh dipisahkan dari adat. Mungkin kita pernah mendengar pepatah biar mati anak jangan mati adat.
Begitulah kuatnya pegangan orang melayu dengan adat. Sampai ketika adat-adat yang bertentangan dengan syarak pun tetap masih diamalkan orang Melayu. Jadi apalah skala yang anda akan berikan kepada orang Melayu. Adakah orang Melayu keseluruhannya terlalu hina untuk anda mengredkan mereka masih diperingkat individu muslim atau keluarga muslim. Atau anda terkasihankan mereka dengan dengan mengredkan sebagai masyarakat muslim.-kepada pembaca sila gredkan tahap orang Melayu dimana?
(Penulis lebih mengkhususkan perbicangan kepada orang Melayu sekadar untuk memudahkan pembaca sahaja, bukan bermaksud untuk mengetepikan penganut islam dari bangsa lain)
Kemudian sekiranya anda mengklasifikasikan orang melayu kepada tahap individu dan keluarga, atau masayarakat, cuba fikirkan apakah kaedah untuk meningkatkan tahap-tahap tersebut secara berkesan dan menyeluruh. Bagi penulis, adalah lebih baik sekiranya kita menggunakan elemen terkuat orang Melayu seperti apa yang telah disebutkan diatas iaitu adat. Akan tetapi terdapat pengubahsuaian dengan memakai perkataan syiar, untuk menghapuskan unsure-unsur bukan syarak.
Syiar atau lambang Islam boleh dikembangkan untuk meningkatkan tahap-tahap maratibul. Contohnya orang Melayu gemar membaca Yasin pada malam jumaat,gemar mengadakan kenduri tahlil, gemar mengadakan perayaan islam, dan lain-lain lagi. Jadi kenapa tidak para pendakwah menggunakan kesempatan ini, untuk merubah tahap maratibul tersebut. Daripada kita membidahkan sesame kita, lebih baik, kita mengambil kesempatan untuk merubah tahap tersebut.
Kenapa masih lagi kurang, pendakwah yang menyelitkan unsur untuk merubah maratibul pada syiar-syiar tersebut. Penulis masih lagi teringat suatu ketika bagaimana ayahanda penulis menggunakan kesempatan untuk menyampikan syiar para jemmah solat Jummat untuk tidak berganjak dan terus untuk berdoa dan bersolat sunat selepas jummat dan dengan memberitahu kaedah dan kelebihan doa-doa dalam berjemaah. Walaupun pada mulanya memang mereka tidak berganjak atas dasar malu dan sebagainya, akan tetapi perkara itu telah berubah menjadi satu pendekatan dakwah yang baik dan diterima ramai. Natijahnya memang sudah tidak lagi Jemmah yang meinggalkan masjid tergesa-gesa, selepas solat jumaat, mereka tekun berdoa dan kebanykan solat sunat selepas Jumaat bukan lagi atas dasar malu, tetapi menjadi tanda taqarrub kepada Allah.
Inilah perkara yang sebenarnya kurang tentang dakwah kita, Kita lupa apa itu subjek dakwah kita. Bergeraklah dengan syiar, mungkin inilah yang terbaik untuk umat di Negara kita.
“Gunung Santubong, gunung sejinjang, tempat bersemayam puteri kayangan, mana sik adik dapat dilawan” itulah antara bait-bait lagu yang popular di negeri bumi kenyalang ini. Menjadi satu pengalaman yang indah kepada penulis untuk berkunjung sambil menjalankan latihan praktik disini.
Menurut masyarakat disini, gunung Santubong mendapat nama dari dongeng puteri Bunian yang disumpah menjadi gunung.Kita tinggalkan kisah Puteri Santubong tersebut, tetapi apa yang lebih penting kepada penulis adalah kisah di sebalik penduduk Islam di negeri Sarawak ini.
Sarawak memang terkenal dengan kepelbagaian suku kaummya. Suku kaum yang terbesar di adalah Dayak, diikuti Melanau, Cina dan orang Melayu. Islam di Sarawak pula dianut oleh kebanyakan orang Melanau dan Melayu, dan segelintir dari masyarakat Cina dan Dayak. Agama yang mendominasi kependudukan Sarawak adalah agama Kristian. Hal ini mungkin disebabkan penjajahan keluarga Brooke yang begitu lama disini, di samping gerak kerja yang dilakukan oleh mubaligh kristian.
Bercakap tentang Islam di Sarawak, memang amat merisaukan penulis, mana tidaknya paras rupa mereka sukar untuk dibezakan dengan orang yang bukan Islam. Bagi lelaki sekiranya ada songkok, berkain pelikat, dan berbaju Melayu, barulah pasti orang Islam. Manakala bagi orang perempuan pula betudung barulah pasti orang Islam. Setelah lama menetap disini Alhamdulillah, penulis sedikit sebanyak boleh mengenali antara orang Islam dan bukan Islam.
Bercakap tentang bertudung, kebanyakkan perempuan disini jarang untuk menutup kepala. Di Bintulu dan Kuching gayanya dilihat hampir sama. Berjalan sahaja ke Pasar(bandar) pasti ramai yang tidak bertudung. Tetapi yang paling mengejutkan pakaian turut parah juga. Inilah kali pertama penulis melihat orang Islam perempuan berpakaian seluar pendek ala anak dara Cina.
Lelaki pula, gejala mimum mimuman keras dan bermain nombor ekor amat menjadi-jadi. Daripada yang muda sehingga yang tua. Amanah menunaikan solat tidak dikerjakan. Hal ini memang penulis dapat rasai sendiri semasa melakukan latihan praktikal disini. Ramai dikalangan pekerja-pekerja di tempat latihan ini yang tidak mengerjakan solat.
Satu perkara lagi, kepercayaan yang khurafat masih lagi menjadi kepercayaan. Amalan tolak bala, memakai tangkal dan sebagainya masih berlaku. Penulis berpendapat, kebanyakkan dari penduduk Islam di Sarawak tidak mendapat pendidikan Islam yang sempurna. Kurangnya institusi keagamaan, di samping lebih tertumpu di Bandar, telah menyebabkan kebanyakkan penduduk di Sarawak hidup dalam kenaifan ilmu.
Bagi penulis, negeri Sarawak memerlukan lebih ramai para pendakwah Islam, termasuklah Pusat pembelajaran Islam di Peringkat Borneo. Kebajikan- kebajikan penduduk Islam boleh dipelihara dengan kewujukan Yayasan Islam Sarawak (YIS). Diharap cadangan-cadangan yang dikemukan oleh penulis, setidaknya akan menjadi kenyataan suatu masa kelas. Semoga kisah di sebalik Gunung Santubong dan gunung sejinjang ini, menjadi pengajaran kepada kita semua.
Sidang pembaca yang dihormati sekalian
Pada kali ini, penulis akan cuba untuk membincangkan satu isu yang menjadi asas kefahaman berdakwah dikalangan pencinta/pengiat Islam khususnya yang berada di Institusi Pengajian Tinggi. Selain itu, penulisan ini, dihasilkan atas permintaan seorang sahabat penulis yang tekun dan istiqamah dalam perjalanan hidupnya sebagai seorang daie’. Penulis amat mengharapkan agar penulisan ini setidaknya dapat menjadi tatapan dalam membuka minda pendakwah agar terus relevan dengan keadaan. Sekiranya terdapat kesalahan dan kekurangan, berkaitan dengan penulisan ini, penulis dengan rendah hati, memohon pembetulan dan teguran. Semoga apa yang dibuat ini, mendapat ganjaran keikhlasan dari Allah S.W.T.
Dakwah bererti menyeru, mengajak dan boleh diertikan sebagai sebarang usaha yang dilakukan untuk mengajak manusia untuk memperhambakan diri kepada Allah S.W.T. Selaian itu istilah Amar Makruf dan Nahi Munkar turut merangkumi maksud dakwah.
Kembali kita kepada tajuk perbincangan dakwah, kaedah atau keputusan. Sebenarnya kerap berlaku salah faham tentang kedua-dua terma ini. Suatu ketika dahulu, sewaktu penulis bersahabat dan mengikuti beberapa sesi perkenalan tentang asas dakwah, yang disampaikan oleh penggiat islam dari pelbagai latar belakang, pemahaman tentang konsep ini, amat sukar untuk difahami, kerana skopnya hanya dihuraikan dalam bentuk yang tidak terperinci.
Malahan, perkara yang hanya ditekankan adalah bagaimana mencari sahabat untuk berada dalam halaqah masing-masing. Perkara ini, yang diterapkan dengan konsep dakwah. Pada suasana sedemikian, penulis merasakan amat tertutup sedikit pemikiran tentang usaha dakwah. Sehinggakan ada kalanya, tafsiran dakwah menjadi keterlaluan, tidak ada kemasukan rakan halaqah dan peserta baru, maka terkuburlah dakwah kita. Hal ini menyebabkan peserta-peserta lama bertungkus lumus mencari ahli baru. Disebabkan hal ini, ramai yang tersungkur di tengah jalan. Banyak kegiatan seperti majlis kuliah, kelas pengajian tajwid dan ilmu tidak dihadiri. Malah kegiatan sambutan kebesaran Islam tidak diselenggara dengan baik. Malah keadaan pusat kegiatan Islam pun tidak terjaga kerana kebanyakan penggiat dakwah hanya tertumpu untuk mencari ahli baru.
Perkara inilah yang menjadi kekesalan penulis. Mungkin ada betul dengan tindakan mereka yang mencari penggerak-penggerak baru, tetapi disebabkan tidak terdapat lansung pengkhususan terhadap usaha-usaha mereka sehingga telah menyebabkan terlalu banyak keciciran berlaku. Penulis ada menyebutkan perkara ini, kepada sahabat-sahabat, tetapi mereka hanya seperti mengiyakan sahaja, tetapi tidak ada pembaharuan selepas dari itu.
Oleh yang demikian penulis, sedaya upaya ingin mengajak kepada satu konsep baru iaitu konsep dakwah melalui syiar. Apa yang dilakukan adalah memperkenalkan nilai dakwah dalam syiar. Mungkin suatu ketika dulu kita mengggap sambutan hari kebesaran seperti sambutan biasa sahaja. Namun dengan perubahan sambutan Islam dengan semtuhan kontemporari dakwah, seperti pementasan drama, sajak, seminar dan sebagainya dapat menjadikan komponen dakwah dapat diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Selain itu dalam melahirkan pelapis pula, usaha yang boleh dilakukan ialah dengan memperkenalkan nilai islam bersalut professional kepada mereka. Perkara ini akan menjadikn mereka tidak ketandusan idea pada suatu masa kelak.
Kesimpulannya, sebenarnya dakwah adalah segenap usaha yang dilakukan untuk menjadikan umat seperti yang pernah dilakar oleh Rasulullah S.A.W. Dakwah bukan satu kaedah sahaja yang dijadikan keputusan seperti apa yang difahami oleh sebahagian dari kita.
Kau lahir dari politikus yang tidak terarah
Tika gendang yang bernama Pengkalan hulu dan rebananya rebah
Rebah kerana dek angkuh dan menghadapi amarah
Kau seorang lelaki bertuah
Menjadi pilihan ulama mulazamah
Diantara dua tok guru yang Istiqamah
Di kalangan majlis syura berhemah
Nizar, kau seorang lelaki bertuah
Ucapmu, gerakmu mendapat gegar gemuruh rakyat dibawah
Tukar pelat, melayu cina dan india menjadi tutur penarik
Menerobos garis bangsa dan agama
Yang selama ini menjadi senjata, barisan gila
Nizar,
Tika kerajaanmu dirampas hak
Tika sultanmu tidak memihak
Tika badi datang memijak
Kau masih berada di puncak
Puncak,
Puncak nilai pengharapan
Puncak harga kebaktian
Puncak daya kerohanian
Puncak tinggi kesabaran
Nizar
Hari ini tuhan telah mengotakan janji
Hari ini biar barisan gila itu tahu
Betapa harga doa insan yang dirakus dan dizalim,
Hari ini biar barisan gila itu tahu
Betapa harga luhur kesabaran
Nizar
Aku mengharapkan kau masih memakai baju pagoda lambang jiwa rakyatmu
Aku mengharapkan kau terus menjadi kemudi dakwah budaya
Dan kau masih ingat akan kalimah ini “Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar”
nukilan ustazmii

TARBIYYAH: ISTILAH YANG DIMANIPULASIKAN
(Tulisan ini bukanlah atas dasar mencerca mana-mana pihak, tetapi untuk mengingati apa yang baik dan kurang antara sesama kita)
Penulis sememangnya amat tidak menyenangi perkataan ‘Tarbiyyah”. Bukan kerana perkataan tersebut bermaksud tidak elok,bahkan kerana eloklah penulis tergerak hari untuk menulis berkaitan isu ini. Walaubagaimanapun akibat daripada manipulasi yang amat keterlalauan keatas perkataan tersebut oleh sesetengah pihak, tarbiyyah telah menjadi perkataan yang amat tidak senang di hati penulis. Hal ini paling banyak berlaku di kalangan rakan-rakan mahasiswa yang terlibat dengan gerakan-gerakan yang bersifat islamik di Pusat-pusat pengajian tinggi.
Apa yang paling mengejutkan penulis ialah terdapat budaya saling berlumbaan untuk menunjukkan manhaj pembawaan yang paling baik antara gerakan-gerakan islam ini. Memang tidak ada salahnya untuk membawa imej islam. Tetapi akibat daripada sifat taa’sub dan merendahkan antara satu sama lain, menyebabkan perpecahan dan merencatkan aktiviti yang dirancangkan.
Seperkara yang paling menyedihkan penulis ialah, pernah kedengaran di telinga penulis ucapan daripada orang yang terlibat dengan gerakan islam kononnya, orang yang tidak menyertai usrah dan halaqah atau lebih khusus menyertai perkumpulan tersebut adalah orang yang tidak ada tarbiyyah.
Penulis sangsi, adakah benar apa yang mereka war-warkan? Atau kata-kata tersebut hanya lahir dari mereka yang hanya ingin memperbanyakkan ahli perkumpulan dan halaqah masing-masing. Penulis mengakui penulis bukanlah orang yang arif tentang manhaj haraki ini. Namun penulis tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan cara penyampaian mereka sebenarnya.
Golongan yang kononya ditarbiyyah ini, sudah di sterotype minda mereka oleh pihak yang mempunyai agenda tertentu(penulis bersangka baik supaya mereka tidak seperti yang yang disangka). Pernah, penulis di tegur oleh satu pihak kerana tidak mengambil penceramah dari pihak tersebut untuk memberi ceramah, dan ada ketikanya satu pihak lagi apabila ada ceramah dari pihak mereka terus mengambil alih majlis, menunjuk merekalah yang berkuasa pada ketika itu.
Apa yang paling melucukan, golongan tarbiyyah ini tidaklah hanya kuat pada perbicaraan tetapi lemah pada tindakan dan perancangan.
Pada penulis yang kerdil dan kurang ilmu tentang haraki ini, terasa amat malu kepada kedua-dua pihak, kerana penulis bukan orang tarbiyyah. Apa yang mereka sebenarnya kejar, nama, kuasa, pengaruh, ahli atau islam sebenarnya.
UNTUK APA TARBIYYAH KITA, UNTUK KAWAN, UNTUK KETUA, UNTUK HALAQAH, UNTUK PERKUMPULAN ATAU UNTUK AGAMA..
Sambungan seterusnya, bagaimana berdakwah mengikut tempat dan keadaan akan menyusul....
gambar kereta dan van sapu
KUCHING LUMPUH: LAMBAKAN VAN DAN KERETA SAPU
"Kuching" satu satu nama yang tidak asing kepada penduduk Malaysia khususnya penduduk Sarawak. Kuching yang merupakan ibu negeri Sarawak dan berstatus bandaraya memungkinkanya menjadi tumpuan penduduk dari pelbagai bangsa termasuklah pendatang asing. Penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, Melanau, Orang Ulu dan lain-lain. Terdapat banyak tempat pelancongan yang menarik, dan ramai pelancong dari seluruh dunia yang melawat Kuching pada setiap tahun (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuching).
Kuching telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada 1 Ogos 1988. Namun keluasan bandaraya Kuching amat besar. Ia dibahagikan kepada dua kawasan iaitu Kuching Utara yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) manakala Kuching Selatan yang ditadbir oleh Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Kuching adalah satu-satunya bandaraya di Malaysia yang memiliki dua Datuk Bandar yang mentadbir kedua-dua kawasan ini.
Senarai kawasan di Bandaraya Kuching:
a) Kuching Utara
• Petra Jaya
• Satok
• Pusat Bandaraya Kuching (Barat)
b) Kuching Selatan
• Pusat Bandaraya Kuching (Timur)
• Padungan
• Pending
• Stampin
Isu yang ingin dibincangkan penulis pada kali ini adalah masalah pengangkutan awam dibandaraya Kuching. Tujuan penulis bukanlah untuk memalukan penduduk Kuching, tetapi sekadar menyampaikan keluhan sewaktu pertama kali sampai ke Kuching dan sembang-sembang dengan beberapa penduduk tetap di sini. Sewaktu penulis bersiar-siar di Bandaraya, selepas seminggu menjalankan latihan praktik di Institut Penyelidikan Perikanan Sarawak didapati pengangkutan awam disini agak tidak “bagus”(penulis mengharapkan bahasa yang digunakan ini tidak kasar).
Keadaan bas yang digunakan boleh dikatakan berada pada tahun 80-an, dengan ketebalan cat yang digunakan mengecat permukaan karat yang telah berulangkali. Selain itu stesen bas jugak berada pada tahap yang tidak memuaskan. Hanya terdapat satu tempat untuk menunggu bas, walaupun bilangan pengguna pengangkutan awam amat ramai.
Penulis amat terkejut dengan keadaan ini seperti ini. Mana mungkin Kuching yang berstatus bandaraya masih berada pada tahap ini. Mengapa keadaan ini berlaku?
Jawapan bagi kegusaran penulis akhirnya terjawab sewaktu penulis balik dari bersiar-siar sambil membeli belah. Penulis pada ketika itu terpaksa menaiki teksi kerana pengangkutan bas ke tempat sewa penulis sudah ditamatkan seawal pukul lima(penulis terpaksa membayar hampir 4 kali lebih untuk pulang dengan teksi). Di dalam teksi penulis sempat berbual-bual dengan pemandu, menanyakan hal demikian. Jawab pemandu yang penulis bahasakan dengan pakcik adalah “Kebanjiran Kereta dan Van Sapu”.
Fenomena Kereta dan Van Sapu, Kebaikan dan keburukan terhadap kemudahan Awam Kuching akan penulis sambung pada diskusi yang akan datang, Insyaallah.



