Kulayari bahtera perjuangan
Kutempuhi onak persimpangan
Kusisipi cahaya keikhlasan
Dalam menempuh kemuncup perjuangan

Ku menahan segala kesusahan
Perit jerih satu kemestian
Pasrahku,akurku
Menempuh liku-lliku perjuangan

Oh Tuhan! Kepadamu tempatku mengadu
Hamba mu ini dalam kedukaan
Tak tertahan menanggung penderitaan
Bagai ditusuk sembilu bisa

Namun takkan ku berhenti
Mendongak Kebelakang
Menanti saat yang berlanjutan

Akanku terus berjuang
Walau akan terkorban
Kerna janji mu itu satu kemestian

Oh Tuhan! Kepadamu Tempat ku berserah
Mengadu duka, mengubat luka,mencari permata
Keranamu ku tabah menghadapinya
Kerana dia Kemuncup dalam perjuangan 2x

Posted by Mohd Hilmi bin Ibrahim on Wednesday, April 22, 2009
categories: edit post

0 comments

Post a Comment